Tips Ambil Gambar Yang Superb Dengan iPhone!!! – Wajib Try!!

Korang pasti tahu bahawa gambar dari iPhone tidak pernah mengecewakan. Kualiti yang sangat baik. Tapi korang tahu tak, cara nak dapatkan gambar yang lagi Superb!! Baca ini!!

Ambil Gambar Dalam Photo Mode

Kadang-kala, korang mengambil gambar dan tiba-tiba ingin merakam video. Korang jangan risau kerana korang boleh merakam video pada Photo Mode tersebut. Hanya tekan butang Shutter tersebut dengan lama mengikut rakaman video yang anda ingin rakam. Senang Kan!!

Rakam Momen Dengan Pantas!!!

Ketika korang sedang berjalan-jalan dan ternampak momen yang ingin korang rakam dengan pantas, korang tidak perlu risau sebab korang boleh bukak aplikasi kamera dengan pantas!! Hanya Swipe ke kiri dan rakam. Kamera akan secara automatik memberi fokus pada imej yang ingin di rakam dan melaraskan exposure.

Portrait Mode Yang Memang Onz!!

Pada model iPhone yang mempunyai Portrait Mode, korang boleh merakam imej dengan kesan Depth Of Field yang sangat baik. Korang boleh melaras kekaburan di bahagian belakang atau memilih pencahayaan yang korang inginkan!! Gler Syiok!!!

Low Light?? Tak Ada Masalah!!!

Kalau korang ingin merakam gambar dalam situasi Low Light, tak ada masalah sekarang kerana beberapa model iphone yang terkini hadir dengan Night Mode. Pencahayaan di dalam situasi low light sangat baik!!!

Edit Gambar Kasi Lagi Cun!!

Kalau korang nak tahu, selepas korang merakam gambar tersebut, korang boleh terus edit video atau gambar menggunakan iPhone tau!! Perghh.. Korang hanya perlu tekan Edit dan disitu korang boleh adjust pencahyaaan, Filter dan pelbagai lagi. Senang laa hidup korang!!

You might also like