ASUS Umum Kemunculan ZenFone 3, ZenFone 3 Deluxe dan ZenFone 3 Ultra

pic 2Akhirnya penantian yang selama ini menjadi teka teki berhubung generasi terbaru ZenFone telah terjawab apabila ASUS telah mengumumkan kemunculan siri terbarunya iaitu ZenFone 3. Pengumuman yang baru sahaja dibuat dalam acara tahunan Computex 2016 yang sedang berlangsung ini sememangnya mendapat perhatian ramai kerana bukan satu model yang diperkenalkan tetapi tiga iaitu ZenFone 3, ZenFone 3 Deluxe dan juga ZenFone 3 Ultra.pic 1Pengenalan tiga model berbeza ini sudah tentunya mampu memenuhi permintaan pengguna yang inginkan sebuah peranti dengan sokongan saiz paparan skrin yang berbeza. Lebih istimewa, ZenFone 3 juga kini tampil lebih premium dengan penggunaan kerangka yang diperbuat daripada logam.

Buat pertama kalinya, ASUS nampaknya tidak lagi menggunakan cip pemproses Intel pada ZenFone 3, sebaliknya ia telah menggantikannya dengan cip pemproses yang lebih popular dan digemari oleh pengguna iaitu Qualcomm Snapdragon. Bahkan bagi mengikuti trend semasa pasaran, siri ZenFone terbaru ini juga telah didatangkan dengan ciri-ciri baharu menarik seperti kamera dengan sokongan teknologi penstabilan imej OIS (4-axis), sensor pengimbas cap jari, teknologi pengecas pantas dan juga port terbaru USB Type-C.

SpecSebagaimana yang kita ketahui, sebelum ini ASUS sememangnya terkenal dengan penghasilan peranti mampu milik yang menawarkan sokongan spesifikasi yang terbaik di dalam kelasnya. Tetapi kemunculan siri ZenFone 3 nampaknya telah merubah persepsi tersebut memandangkan harga jualannya yang boleh dilihat agak tinggi berbanding generasi sebelumnya.pic 3Pada majlis pelancaran itu, ASUS telah mengumumkan ZenFone 3 akan dijual pada harga bermula pada USD249 (kira-kira RM1,026) untuk model 32GB/3GB, manakala ZenFone 3 Ultra pula akan mula dijual pada harga USD479 (kira-kira RM1,974) untuk model 64GB/4GB, dan ZenFone 3 Deluxe pada harga USD499 (kira-kira RM2,056) untuk model 64GB/6GB.

You might also like