BlackBerry Ke Indonesia Untuk Bantuan

2BlackBerry telah lama berada di dalam dunia teknologi, dahulu mereka mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan merupakan antara nama yang memacu kemajuan teknologi mobil. Namun lama-kelamaan taring syarikat ini mula hilang dan sedikit demi sedikit cengkaman mereka di dalam pasaran mula terlepas.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh BlackBerry untuk mengukuhkan semula nama mereka di dalam pasaran teknologi, antaranya adalah dengan mengadaptasi sistem operasi Android dalam peranti mereka. Langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan pasaran Android sangat luas, namun jualan peranti mereka tidak juga menggalakkan kerana terdapat ratusan jenama lain yang perlu mereka saingi dalam pasaran yang sangat padat ini.

Kini BlackBerry beralih arah ke Indonesia, khususnya syarikat Emtek. Usaha sama ini membolehkan Emtek membangun dan menaik taraf aplikasi BBM dan lain-lain aplikasi berasaskan komunikasi untuk BlackBerry. Menurut laporan, Emtek juga bercadang untuk membuka satu lagi pejabat di Toronto bagi bekerja lebih dekat dengan BlackBerry.

You might also like