AKAN DATANG!!! Nubia Red Magic 3 Bakal Diperkenalkan Di Malaysia – Peranti Gaming SD855 + 12GB RAM + 5,000mAh Bateri

Satu lagi berita baik khas kaki gaming!!! Peranti gaming Nubia Red Magic 3 yang sebelum ini telah dilancarkan di luar negara, kini mendapat pengesahan rasmi dari Nubia Malaysia menerusi Facebook mereka, ia bakal menjelang ke pasaran Malaysia.

[ Raksasa Permainan Mudah Alih – Nubia Red Magic Mars Kini Boleh Dibeli Dengan Harga RM1,899 ]

Seperti ramai yang kenali, Red Magic 3 mempunyai tarikan menarik di mana ia hadir bersama cip pemproses Snapdragon 855 di bawah sokongan 12GB RAM dan 256GB ROM, di samping kipas penyejuk yang berpusing pada kadar 14,000 rpm bagi mengelakkan kepanasan semasa bermain permainan juga disediakan.

Red Magic 3 menggunakan paparan skrin 6.65 inci dengan fresh rate 90Hz, kamera tetap mengikut permintaan pasaran di mana 48MP dibekalkan dengan sokongan rakaman video 8K untuk kamera utama, sementara kamera swafoto beresolusi 16MP.

Antutu: Senarai 10 Peranti Berprestasi Terbaik Sepanjang Bulan Mei 2019 ]

Ketahanan bateri tidak mengecewakan kerana bateri sebesar 5,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 27W jenis USB-PD telah disediakan dalam Red Magic 3. Khabar angin mengatakan peranti ini akan dijual pada harga RM1,899, adakah benar kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak Nubia Malaysia.

[ SUMBER ]

 

 

 

You might also like