UniFi Menawarkan PlayStation 4 Edisi Star Wars

unifi-starwars

Pada 1 Disember pukul 3 petang, UniFi secara rasminya telah menawarkan pakej bundle konsol permainan PlayStation 4 edisi terhad Star Wars Battlefront.

Tawaran ini dibuka kepada pengguna sedia ada dan bagi mereka yang ingin melanggan UniFi Advance Plan. Konsol edis terhad ini mempunyai cetakan ekslusif Darth Vader pada permukaanya dan disertakan sekali dengan alat kawalan yang sepadan dengan tema konsol.

Harga tawaran konsol tersebut masih belum diketahui, ianya akan diumumkan sebaik sahaja tempahan dibuka pada 7 Disember 2015 nanti.

Untuk maklutamt lanjut, ikuti laman rasmi TM di sini.

You might also like