OnePlus 3T Akan Dihentikan Pengeluarannya?!

OnePlus akan menghentikan pengeluaran OnePlus 3T kerana ingin fokus kepada model terbaru OnePlus 5 yang tidak lama lagi akan dilancarkan. Kebimbangan untuk memiliki peranti yang sudah lagi tidak dikeluarkan menjadi masalah kepada pengguna, kerana kemas kini pada peranti terbabit tidak lagi akan disokong, tetapi pihak pembangun perisian OnePlus menjanjikan bahawa produk OnePlus 3 dan 3T akan turut mendapat kemas kini terbaru pada masa akan datang.

Kepada anda yang bercadang untuk membelinya harus pantas kerana stok untuk OnePlus 3T telah terhad, jadi anda harus mendapatkannya secepat mungkin.

You might also like