Instagram Direct Menambah Sokongan Pautan, Gambar Landskap Dan Potret

Instagram tidak henti-henti memberikan ciri-ciri terbaru kepada penggunanya, kali ini Instagram membolehkan pengguna menghantar pautan di dalam mesej ‘direct‘ kepada pengguna lain. Jika sebelum ini, ia hanya berfungsi menghantar pautan dalam bentuk teks sahaja, pada kemas kini 10.22 ini, pautan akan diletakkan bersama maklumat yang lebih terperinci seperti contoh, nombor telefon, alamat, gambar terbaru atau info berkaitan.

Untuk ciri Landskap dan Potret pula, anda tidak perlu lagi crop gambar yang ingin dikongsi melalui direct mesej, tetapi kali ini Instagram akan memaparkan nisbah gambar yang sebenar.

Pada platfom iOS kedua-dua ciri ini sudah boleh digunakan manakala pada Android hanya ciri pautan sahaja yang boleh diperoleh, untuk ciri Landskap dan Potret pula akan dimasukkan tidak lama lagi.

You might also like