
[Ura-Ura] : Adakah Ini Gambaran Sebenar vivo NEX 3?
vivo Nex 3 juga antara topik hangat yang menjadi bualan ramai buat masa ini. Terbaru, beberapa imej bocor yang didakwa memperlihatkan gambaran sebenar vivo Nex 3 telah muncul dan tersebar – Kebocoran imej ini diperoleh daripada laman Weibo.

Memetik imej tersebar, panel belakang peranti membawakan rekaan kamera utama berbentuk bulat – Jika diteliti, ia seolah-olahh menyertakan tiga lensa dan disertakan LED Flash pada bawah kamera. Selain itu, terdapat juga penjenamaan “NEX” pada panel ini.
Ia juga dilihat hadir dengan binaan sisi peranti bersama lengkungan yang unik. Binaan bezel juga hampir tidak wujud dan badan peranti juga terlihat nipis. Tiada maklumat mengenai spesifikasi peranti dikongsi setakat ini.



Maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Pun begitu, apa pendapat anda mengenai ketirisan maklumat ini? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini! Jangan lupa like Facebook kami!

