RHB Now Kini Lebih Mesra Pengguna!

Aplikasi perbankan sudah lama wujud di kalangan pengguna tempatan, terkini Bank RHB telah mengemaskini aplikasi mereka yang menyokong pada sistem operasi Android dan iOS iaitu RHB Now.

Kemaskini terbaru ini membolehkan pengguna menghantar wang ke sesiapa sahaja tanpa memerlukan nombor akaun melalui fungsi RHB Pay Anyone. Hanya memerlukan maklumat penerima seperti nama penuh dan alamat emel, malah maklumat Facebook juga boleh digunakan tanpa masalah.

(Dari kiri ke kanan) Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director, RHB Banking Group dan U Chen Hock, Executive Director, Group Retail Banking, RHB Banking Group bersama-sama melancarkan aplikasi RHB Now.
(Dari kiri ke kanan) Dato’ Khairussaleh Ramli, Group Managing Director, RHB Banking Group dan U Chen Hock, Executive Director, Group Retail Banking, RHB Banking Group bersama-sama melancarkan aplikasi RHB Now.

Lebih menarik, pemindahan wang kepada penerima masih boleh dilakukan sekiranya penerima tidak mempunyai akaun RHB, tetapi kedua-dua pihak mesti menggunakan aplikasi ini setelah pengesahan menerusi aplikasi oleh kedua-dua belah pihak berjaya dilalukan. Caj sebanyak 53 sen akan dikenakan untuk pemindahan wang.

Selain fungsi pembayaran RHB Pay Anyone, aplikasi RHB Now turut memberikan promosi diskaun dan kupon menarik sekaligus memberi lebih nilai kepada pengguna.

DSC_0032_meitu_10Muat Turun:

 

You might also like