MWC Shanghai 2019: HUAWEI Umum Jualan HUAWEI P30 Mencecah Sehingga Lebih 10 Juta Unit Dalam Masa 85 Hari!

Pada ketika ini syarikat telefon pintar terkemuka, HUAWEI yang mengalami krisis dengan Amerika Syaarikat, namun ia tidak menghentikan peranti HUAWEI dari terus melebarkan sayapnya. Buktinya, peranti terbaharu daripada mereka, HUAWEI P30 telah terjual lebih dari 10 juta unit dalam masa 85 hari sahaja!

Menurut Presiden Bahagian Produk Huawei, He Gang ketika di MWC Shanghai 2019, jualan yang menakjubkan ini memperlihatkan peranti ini menjadi antara siri peranti yang terkenal pada ketika ini.

Jika dibandingkan dengan jualan P20 dahulu, peranti HUAWEi P30 terjual 10 juta unit ini 62 lebih awal, menunjukkan penerimaan yang memberangsangkan daripada peminat.

Dengan keupayaan peranti HUAWEi P30 ini pastinya menjadi daya penarik buat mereka yang membeli peranti ini.

 

You might also like