- Iklan -

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar- Pelanggan ‘Movies Pack’ Astro Akan Dapat Strim Disney+ Hotstar!!!

Astro teruja mengumumkan pelantikannya oleh The Walt Disney  Company sebagai pengedar rasmi untuk perkhidmatan penstriman yang dinantikan, Disney+ Hotstar, di Malaysia yang akan dilancarkan pada 1 Jun 2021. Pelanggan Astro akan dapat strim lebih daripada  800 filem dan 18,000 kandungan episod Disney yang menakjubkan pada aplikasi Disney+ Hotstar.  Astro berusaha untuk menyediakan kandungan Disney+ Hotstar menerusi kotak Ultra dan Ulti yang  disambungkan, pada tahun ini kelak dan memberikan kemudahan hiburan sehenti kepada pelanggan  Astro.  

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata, “Kami gembira dapat menjadi pengedar  rasmi Disney+ Hotstar di Malaysia dan akan mengagregasikan lebih banyak kandungan bertaraf dunia  di platform kami. Tidak lama lagi, pelanggan dapat menikmati kandungan hebat dari Disney+ Hotstar, tambahan kepada kandungan terbaik Astro, kandungan tempatan, karya asli yang memenangi  anugerah, dan kandungan sukan yang tiada tandingannya, yang menjadikan kami destinasi hiburan  yang tidak disangkal lagi oleh rakyat Malaysia.” 

Disney+ Hotstar adalah destinasi penstriman untuk kandungan global dan Malaysia. Ia menyatukan  filem-filem pecah panggung Hollywood dan kandungan yang memenangi anugerah dari Disney,  Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, yang juga  merangkumi tayangan perdana eksklusif dan tayangan pecah panggung dari studio terkemuka di  Malaysia. Disediakan pada peranti bersambung internet yang serasi, Disney+ Hotstar menawarkan  kandungan bebas komersil dengan pelbagai filem asli panjang, siri aksi langsung dan animasi,  kandungan format pendek dan dokumentari, termasuk siri seperti The Mandalorian, WandaVision dan  The Falcon and The Winter Soldier dan filem-filem seperti Avengers: Endgame, Aladdin dan Frozen 2.  Disney+ Hotstar juga akan menampilkan simpanan kandungan yang luas untuk penerbitan pawagam  Malaysia yang memenangi anugerah, dan kandungan hebat tempatan seperti J2: J Retribusi,  Zombitopia, Ada Hantu, Ejen Ali, Upin & Ipin dan banyak lagi. 

Mulai 4 Mei, pelanggan boleh mula mendaftar untuk mendapatkan ‘Movies Pack’ yang disertakan  dengan Disney+ Hotstar pada 1 Jun melalui, Saluran 200,  astro.com.my/Disney, dan juga menerusi pengedar dan pembekal yang sah. 

You might also like