
Ada yang masih berminat nak mendapatkan Samsung Galaxy S7 Edge? Tunggu sekejap sebab kami nak kongsikan variasi warna baru yang telah memasuki pasaran Malaysia.
Warna Blue Coral pada mulanya hanya dilancarkan di beberapa pasaran luar sahaja, ramai juga yang kecewa sebab tidak dapat memiliki Galaxy S7 Edge Blue Coral yang pada pendapat kami merupakan variasi warna yang tercantik di antara variasi warna lain.
Akhirnya Samsung membawa masuk warna Blue Coral ini ke pasaran tempatan di samping pilihan warna sedia ada Gold Platinum, Silver Titanium dan Black Onyx. Anda boleh mendapatkan Galaxy S7 Edge Blue Coral dari cawangan jualan Samsung dengan harga jualan RM 3,099.



