
[TERTIRIS] Xiaomi Mi MIX 3 Menyokong Dwi Kamera?!
Xiaomi Mi MIX 2 baru sahaja dibawa masuk ke Malaysia, tetapi baru-baru ini nampaknya ada sumber dari Weibo yang telah berkongsi panel belakang yang dipercayai bakal digunakan pada model terbaru Xiaomi Mi MIX 3 nanti.

Berdasarkan pada gambar yang tertiris itu, nampaknya generasi ketiga siri Mi MIX ini masih menggunakan panel belakang berkilat yang mungkin diperbuat daripada seramik. Malah kedudukan lensa Mi MIX 3 ini juga dilihat mirip seperti rekaan yang digunakan pada iPhone X (10). Apa yang menariknya, ia juga berkemungkinan besar menjadi siri Mi MIX pertama yang menyokong dwi kamera.
Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan pendedahan Xiaomi Mi MIX 3 ini pada tahun hadapan…

