Aplikasi HERE Maps Akan Dihentikan Sokongannya Bermula 30 Mac Ini

here-maps-can-not-find-location-5Berbeza dengan kebanyakan aplikasi navigasi yang tersedia untuk pengguna Android, iOS dan Windows Phone, HERE Maps sememangnya memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana ia menawarkan fungsi navigasi secara offline secara percuma. HERE Maps yang pernah menjadi aplikasi eksklusif hanya untuk peranti Nokia Lumia ini nampaknya bakal ditamatkan sokongannya bermula 30 Mac ini.

Bahkan untuk persediaan menghentikan sokongan aplikasi tersebut, pihak HERE Maps telah mengumumkan akan menyingkirkan aplikasi tersebut dari Windows 10 Store bermula 29 Mac nanti. Menurut mereka lagi, pembangunan untuk masa akan datang versi Windows Phone 8 pula hanya akan dihadkan kepada pembetulan ralat yang kritikal sahaja. Walau bagaimanapun, pengguna peranti Windows masih boleh mendapatkan fungsi navigasi, laluan dan juga pemetaan menggunakan aplikasi Windows Maps yang sememangnya tersedia secara pra-pasang.

 

You might also like