Google Maps Dikemas Kini Dengan Fungsi Perkongsian Lokasi

Minggu lepas kami ada kongsikan berita mengenai Google Maps akan dilengkapi fungsi perkongsian lokasi dalam aplikasi, kini fungsi terbaru ini telah sah boleh digunakan dalam Google Maps.

Fungsi perkongsian lokasi kini boleh diakses dari menu utama aplikasi. Apabila lokasi dikongsikan kepada anda, pin lokasi akan tertera di dalam aplikasi Google Maps dan anda boleh tap pin tersebut untuk melihat informasi semasa rakan anda dan juga menghantar semula lokasi anda kepada kenalan.

You might also like