
Waze Kini Paparkan Amaran Kelajuan Ketika Memandu
Dalam kesibukan memandu, kadangkala kita tidak perasan kelajuan kenderaan telah melebihi had laju yang dibenarkan. Lebih-lebih lagi ketika menggunakan aplikasi navigasi pada peranti pintar, terlampau ‘khusyuk’ melihat peta. Ia bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah turut mengundang bahaya buat pengguna jalan raya yang lain. Kini, aplikasi navigasi popular Waze telah memperkenalkan fungsi terbaru, iaitu mengenalpasti had laju pemanduan dan pada masa yang sama membandingkan ia dengan had laju jalan yang dilalui.Sekiranya pemandu melangkaui had laju yang ditetapkan, notifkasi pada aplikasi Waze akan memaparkan amaran anda memandu tidak mengikut had laju yang dibenarkan. Kepada pengguna Waze, anda perlu mengemaskini aplikasi ini bagi menikmati fungsi terbaru ini dan sekali gus membantu menjadi pemandu yang lebih berkhemah di jalan raya.
Selain itu, fungsi ini pastinya memberikan seribu satu kelebihan buat pemandu yang sering ‘ditembak’ oleh kamera speed trap di lebuh raya.