MyVaksinBaby, Aplikasi Khas Untuk Vaksin Anak Mengikut Jadual

1245
- Iklan -

1Suntikan vaksin telah menjadi viral sejak sebulan yang lepas. Sehingga ke hari ini, lima kematian telah dilaporkan akibat jangkitan difteria dan kesemuanya didapati tidak pernah mendapatkan suntikan vaksin difteria. Kepada para ibu mahupun bapa, aplikasi MyVaksinBaby patut anda muat turun. Ia akan mengingatkan ibu bapa supaya memvaksinkan anak mengikut jadual yang telah diberikan.22

Dalam kesibukan bekerja, anda mungkin terlupa tarikh serta vaksin apakah yang perlu diambil. Dengan memasukkan maklumat peribadi anak-anak di dalam aplikasi ini, peringatan akan diberikan dengan mudah. Selain peringatan jadual vaksin, terdapat beberapa maklumat mengenai kesan sampingan yang mungkin dilihat akibat suntikan, video mengenai vaksin serta maklumat penyakit yang boleh dihindarkan menerusi vaksinasi.33

MyVaksinBaby telah dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Pediatrik Malaysia dan juga Persatuan Penyakit Berjangkit & Kemoterapi. Ia boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS secara percuma.

Muat Turun