Acer Umum Acer Swift 3 Baharu – Tampil Dengan Pemproses Berkuasa AMD Ryzen 5 4500U

Acer Malaysia hari ni mengumumkan peranti terbaharu mereka iaitu Acer Swift 3 yang tampil dengan AMD Ryzen 5 4500U yang sangat berkuasa dan dijual pada harga RM2,599.

Acer Swift 3 yang baharu ini turut hadir dengan 512GB PCIe NVMe SSD sehingga 16GB dan dipadankan dengan LPDDR4X RAM. Tampil dengan Intel® Core i5-1035G1 dipadankan dengan  Intel® UHD Graphics dan juga  Intel® Core i7-1065G7 dipadankan dengan NVIDIA MX250 Graphics.

Apa yang pasti, Acer Swift 3 menawarkan paparan dengan bezel yang sangat nipis yang mana ia tampil dengan nisbah skrin ke kerangka sehingga 83.65%. Menariknya, peranti ini mampu bertahan sehingga 4 jam bagi 30 minit pengecasan.

Menariknya, bagi 100 orang pelanggan pertama yang membeli peranti ini boleh menebus Touch ‘N Go e-wallet credit bernilai RM100 dengan klik di sini.

 

You might also like