
Diperkenal pada Mei lalu, kemunculan OPPO Reno 10x Zoom berjaya mencuri perhatian ramai dan terus menjadi topik hangat sehingga ke hari ini. Peranti luar biasa ini berjaya merubah dunia peranti pintar sekaligus menjadikan pengguna lebih kreatif dan inovatif dalam menyampaikan idea.
Salah satu titik utama OPPO Reno 10x Zoom terletak pada keupayaan kamera – Kamera utama 48MP, sokongan 60x Zoom dan Nightscape Mode 2.0. Tidak kira daripada sudut mana sekalipun, setiap gambar yang diambil pastinya memberikan hasil yang terbaik – Mencipta kenangan dengan sempurna.
Sehubungan itu, penulis berpeluang mencuba peranti ini dan mendapati setiap gambar terhasil sungguh tidak mengecewakan sama sekali. Nak tahu apa hasilnya? Berikut penulis kongsikan hasil tangkapan dari lensa OPPO Reno 10x Zoom untuk tatapan semua (klik pada gambar untuk saiz sebenar) :
SOKONGAN 60X ZOOM (Klik pada gambar untuk saiz sebenar) :
[SET 1] :
[SET 2] :
[SET 3] :
Dijual pada harga RM3,399, OPPO Reno 10x Zoom kini tersedia di pasaran tempatan. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa saluran berbeza termasuk OPPO Online Store, Lazada dan Shoopee.
Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, OPPO juga bakal memperkenalkan tambahan warna baharu untuk model OPPO Reno versi standard iaitu Sunset Rose. Tampil dengan variasi warna yang romantis, OPPO Reno Sunset Rose bakal diperkenalkan secara rasmi pada 2 Julai kelak! Stay tuned ❤️