Menangi OPPO F7 Terbaharu Dengan Menonton Pelancaran Secara Live

Tanggal 19 April 2018 (esok) merupakan hari pelancaran peranti terbaharu OPPO F7 untuk pasaran Malaysia. Kita sudah tahu, duta yang akan memperagakan peranti OPPO F7 ini antaranya ialah Neelofa dan Hebe Tien disamping duta-duta OPPO yang lain.

Jika anda berhasrat untuk memiliki peranti ini sejurus ia memasuki pasaran Malaysia, anda boleh dapatkannya secara percuma dengan menonton video Live di Facebook dan YouTube pada 19 April 2018, pukul 4.15 petang. Beberapa buah peranti OPPO F7 akan diberikan secara percuma kepada para penonton yang bertuah.

Bagi peminat OPPO yang ingin menyertai acara Live ini, mereka dikehendaki menonton serta kongsi pautan video Live di akaun Facebook masing-masing bersama #OPPOF7 dan #capturetherealyou didalam post berkenaan.

OPPO F7 sebuah peranti kelas-pertengahan yang menfokuskan kebolehan kamera dengan bantuan kecerdasan-buatan (AI). Selain itu, kamera depan 25 Megapiksel kini dipertingkatkan daripada segi prestasi untuk memberikan pengalaman swafoto ke tahap lebih tinggi.

Jangan lupa untuk membuat pra-tempahan OPPO F7 yang akan berakhir hari ini!

You might also like