Samsung DeX Pad, Aksesori Istimewa Untuk Samsung Galaxy S9

Seperti yang anda semua tahu, Samsung Galaxy S9 dan S9+ akan diumumkan pada 25 Februari 2018. Acara perasmian yang akan berlangsung di Barcelona itu telah menjemput para media antarabangsa.

@evleaks memberitahu terdapat sebuah aksesori yang diperkenalkan untuk Samsung Galaxy S9 dikenali sebagai Samsung DeX Pad. Apabila dok ini diletakkan dan disambungkan kepada monitor dan Galaxy S9, anda akan mempunyai sebuah komputer meja dan aplikasi yang anda gunakan akan disesuaikan untuk paparan monitor.

Menampilkan rekaan berbeza berbanding Samsung DeX yang diperkenalkan pada Samsung Galaxy S8, dok ini mempunyai penyambung USB-C untuk kuasa dan data. Buat masa sekarang, tiada sebarang berita rasmi mengenai dok ini dari Samsung, kita nantikan ketibaannya nanti.

You might also like