ASUS ZenFone Live (L1) Mula Dijual Akhir Bulan Jun 2018 – Berharga RM399

Minggu depan kami baru sahaja beritahu bahawa ASUS Malaysia akan membawa masuk ZenFone Live (L1) ke pasaran tempatan. Berita ini mendapat kepastian daripada ASUS, di mana peminat boleh mendapatkannya pada akhir bulan Jun ini dengan tawaran harga RM399!

ZenFone Live (L1) hadir dengan dua pilihan warna iaitu Midnight Black dan Shimmer Gold, rekaan yang moden dan skrin 5.5 inci tambahan lagi mesra harga sangat sesuai untuk pengguna yang inginkan peranti kedua, atau pemula.

Spesifikasi:
  • Cipset: Qualcomm Snapdragon 425
  • OS: Android Oreo bersama ZenUI 5.0
  • Paparan: 5.5″ HD+ (1440 x 720) IPS 18:9 FullView Display
  • Skrin-ke-kerangka: 82.3%
  • Bateri: 3000mAh
  • 2GB RAM / 16GB ROM (microSD sehingga 2TB)
  • Sambungan: WiFi 802.11b/g/n, Bluetooth V4.0 / Micro-USB
  • Kamera Utama: 13MP / PDAF / LED Flash
  • Kamera Hadapan: 5MP
  • SIM Slot: Triple-slot: 2 x Nano SIM & kad microSD
  • Harga: RM 399 (0% GST)

 

ASUS ZenFone Live (L1) Berharga Dibawah RM400 Akan Mula Dijual Di Malaysia Tidak Lama Lagi

You might also like