
WhatsApp Boleh ‘Multiple Contact Sharing’ Pada Masa Akan Datang
Anda bermasalah apabila kawan anda meminta untuk menghantarkan nombor kontak penjual online kepada mereka sekaligus, tidak lagi pada masa akan datang kerana pembangun aplikasi WhatsApp akan menaiktaraf aplikasi mereka dengan adanya Multiple Contact Sharing.
Sebelum ini, WhatsApp hanya boleh menghantar satu sahaja kontak pada satu masa, ini menyukarkan atau memakan masa kepada anda. Tapi dalam versi beta 2.17.122 atau 2.17.123 wujud ciri-ciri yang dinyatakan tadi.
Seperti yang anda dapat lihat bahawa ia amat mudah untuk anda menghantar ke semua nombor yang perlu kepada salah seorang penerima anda ataupun dalam bentuk Broadcast. Mudah kan?!
Jika anda berminat mencuba versi beta, muat turun fail APK ini.

