OPPO Kekal Di Tangga Ke-2 Jenama Telefon Pintar Untuk Pasaran Malaysia Bagi Tahun ketiga Berturut-Turut!!!

OPPO mengekalkan prestasi yang menakjubkan di pasaran Malaysia apabila ia kekal di tangga ke dua bagi jenama peranti pintar di malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut.

Menurut laporan Canalys, terdapat peningkatan 76% bagi penghantaran dan 18% share dalam pasaran mobile di Malaysia yang meletakkan OPPO di tangga kedua. Menurut laporan itu juga, OPPO melonjak ke tanggak ke 2 pada suku tahun ke-3 2018 dengan 15.7% market share di Malaysia.

Peranti terbaharu OPPO Reno dikhabarkan akan meneruskan kejayaan peranti OPPO. Dilengkapi dengan spesifikasi yang menakjubkan iaitu tampil dengan 10x Hybrid Zoom dan 60x Digital Zoom di pasaran. Dikuasakan oleh Snapdragon 855 dab dibantu oleh aspek memori yang sangat baik iaitu 8GB RAM + 256GB ROM membuatkan penggunaan peranti ini sangat lancar.

Aspek kamera juga sangat menakjubkan apabila ia hadir dengan 48MP Ultra Clear kamera utama, 13MP lensa telefoto dan 8MP lensa sudut lebar. Ia turut tampil 93.1% nisbah skrin ke kerangka.

OPPO Reno 10x Zoom dijual pada harga RM3399 sementara OPPO Reno (versi standard) dijual pada harga RM1999. Jelajah jualan OPPO Reno yang pertama masih berjalan di Sunway Pyramid dari 24 hingga 30 Jun.

Ketika jelajah tersebut, pembeli yang membeli Reno 10x Zoom akan menerima Gimbal Stabiliser (bernilai RM599), Google Chromecast 3 (bernilai RM199) dan 1 bulan waranti perlindung skrin. Terdapat juga hadiah berjumlah RM40000 menanti di jelajah untuk anda menangi dari game, pertandingan dan program trade-in.

bagi mendapatkan maklumat lanjut layari Facebook rasmi OPPO, OPPO Official Online Store, OPPO Official Lazada Store dan OPPO Official Shopee Store.

You might also like