
PayPal Menarik Balik Fungsi Purchase Protection Untuk Crowdfunding
Ini adalah berita penting sekiranya anda menggunakan PayPal untuk menyokong projek crowdfunding seperti Kickstarter. PayPal telah mengumumkan bahawa pelaburan anda tidak lagi akan dilindungi oleh fungsi Purchase Protection yang sebelum ini membolehkan anda mengambil tindakan terhadap pemilik kempen atau projek.
Melabur pada projek crowdfunding adalah satu langkah berisiko, ini kerana anda harus benar-benar yakin bahawa pemilik kempen atau projek menggunakan wang yang dilaburkan pada saluran yang betul. Terdapat banyak kes salah guna wang dana yang menyebabkan projek terbengkalai.
Menurut Kickstarter, 9% daripada projek yang mencapai dana sasaran telah gagal dalam misi mereka pada tahun lalu dan hanya 65% pelabur dari projek yang gagal itu mendapat pakej yang dijanjikan.

