Ini ada suatu berita yang menarik mengenai peranti terbaharu vivo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Mobile World Congress (MWC) 2020 di Barcelona pada 23 Februari ini iaitu vivo APEX 2020.
Menurut imej tertiris di Twitter mendedahkan imej vivo APEX 2020 concept phone dilihat berkongsi paras rupa seakan vivo NEX 3 yang mana ia tidak dihadirkan dengan takuk dan bezel yang nipis dengan Waterfall Fullview Display.
Ia juga didakwa bakal menyertakan dengan kamera dengan keupayaan 5 hingga 7.5X optical zoom yang memberikan hasil gambar yang terbaik. Ia turut bakal hadir dengan 48MP Gimbal Camera, yang pastinya memberikan hasil gambar yang sangat stabil.
Namun ini hanya ura-ura, belum dapat dipastikan lagi kesahihannya. Jadi sama-sama kita nantikan!!!
____________________________
Artikel Berkaitan:
- MWC 2020: vivo APEX 2020 Dibekalkan Teknologi Super Flashcharge 120W – Mengecas Penuh Dalam…
- MWC 2020: Kamera Dibawah Skrin Bakal Muncul! Nantikan vivo APEX 3 Pada MWC 2020