
Bila bercakap tentang bercuti, sedar atau tidak banyak perkara yang boleh menjadikan percutian anda menyeronokkan dan salah satu perkara tersebut adalah mendapatkan pengalaman muzik yang hebat!
Sehubungan itu, Huawei telah memperkenalkan sistem audio 3D berbilang saluran Histen 5.0 dengan sokongan bunyi surround 7.1 yang membolehkan pengguna untuk menikmati pengalaman muzik yang lebih ‘boom’!
Terbina dalam HUAWEI nova 3 dan 3i, Histen 5.0 dikatakan mampu menganalisis kandungan audio secara automatik dan mengaplikasikan tetapan penyamaan terbaik dalam mod audio pintar yang dikuasakan oleh alat pendengar.
Baca juga :
Histen 5.0 turut menyokong penyegerakan pada pelbagai peranti dan bunyi surround 3D pada saluran yang berbeza. Ia juga mampu mengesan dan meningkatkan suara daripada paling rendah kepada tinggi selain mengeluarkan bunyi panggilan yang diambil dalam persekitaran bising.
Selain Histen 5.0, Huawei turut menawarkan “Party Mode” di mana ciri yang membolehkan pengguna menyambungkan beberapa peranti HUAWEI nova untuk memainkan muzik pada masa yang sama.
Pada masa sama, Huawei turut menyenaraikan dua senarai playlists yang menawarkan citarasa genre berbeza kepada penggunanya untuk menemani mereka ketika bercuti. Dua playlist berkenaan adalah seperti berikut :