
LEAGOO memperkenalkan peranti mampu milik di bawah jenama mereka yang memiliki pengesan cap jari yang mampu membuka peranti dalam masa 0.19 saat. Apa yang menariknya M5 Plus, ia menyokong skrin tahan lasak yang mampu menahan daya hentakan 70% lebih baik dari peranti lain di pasaran, sememangnya sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Ingin mengetahui apakah fungsi istimewa yang ada pada M5 Plus? Teruskan membaca reviu kami!
SPESIFIKASI
- Sistem Operasi: Android 6.0 Marshmallow
- CPU: MediaTek MTK6737, Quad Core 1.3GHz
- Kad SIM: Dual SIM / Micro SIM
- Kad microSD: Sehingga 128GB
- Kamera Utama: 13 Megapiksel
- Flash: Dual LED flash
- Auto Fokus: √
- Kamera Depan: 5 Megapiksel
- Bluetooth: v4.1
- WiFi: 802.11 b/g/n
- NFC: X
- Memori: 16GB ROM, 2GB RAM
- Bateri: 2500mAh
- Warna: Champagne Gold & Titanium Grey
PAKEJ PEMBELIAN
Kotak Pembungkusan & Aksesori
LEAGOO hadir dengan kotak pembungkusan menarik, di mana telah disediakan dengan:
(1) Kotak pembungkusan berwarna hijau
(2) LEAGOO M5 Plus
(3) Pelindung jernih
(4) Adapter pengecas
(5) Kabel microUSB
(6) Earphone
(7) Kad waranti
(8) Buku panduan
FIZIKAL
Rekaan Premium
LEAGOO M5 Plus menampilkan rekaan kompak dan anggun yang kelihatan premium walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan. Menampilkan paparan skrin berukuran 5.5 inci, ianya sangat selesa walaupun dipegang dengan sebelah tangan. Malah ketebalan kerangka sisi yang diperbuat daripada logam ini juga boleh dikategorikan nipis, hanya 8.7mm.
Slot Kad SIM & microSD
Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu SIM, peranti ini amat sesuai buat anda. Selain boleh menggunakan dua slot kad SIM dalam satu-satu masa, ia turut menyediakan kad memori tambahan microSD sehingga 128GB. Namun begitu, ketiga-tiga slot kad ini tidak menyokong fungsi hot-swap, jadi anda perlu mencabut bateri terlebih dahulu untuk meletakkan kad SIM dan microSD.
Pengimbas Cap Jari
Pengimbas cap jari yang menjadi trend pada masa kini turut diperlihatkan pada model terbaru LEAGOO ini yang terletak pada panel belakang. Selain pengimbas cap jari, turut kelihatan lensa penggambaran beresolusi 13 Megapiksel dan bersebelahan dengannya pula tersedia dua LED flash.
PILIHAN MODEL ALTERNATIF
Jika sedang mencari sebuah smartphone yamng menawarkan harga rendah, kami ingin mencadangkan tiga lagi model sampingan yang menawarkan harga lebih kurang dengan M5 Plus serta menyokong fungsi pengimbas cap jari, iaitu Flash Plus 2, Honor 5A dan juga Xiaomi Redmi 3S. Apakah kelebihan yang dimiliki oleh model alternatif ini jika dibandingkan dengan M5 Plus, mari lihat jadual berikut.
| LEAGOO M5 Plus (RM 549) |
Flash Plus 2 (RM 599) |
Honor 5A (RM 499) |
Xiaomi Redmi 3S (RM 499) |
|
| Sistem Operasi | Android 6.0 Marshmallow | |||
| Chipset | MediaTek MT6737 | MediaTek Helio P10 | HiSilicon Kirin 620 | Qualcomm Snapdragon 430 |
| CPU | Quad-core 1.3GHz | Quad-core 1.8GHz + Quad-core 1.0GHz | Octa-core 1.8GHz | Octa-core 1.4GHz |
| GPU | ARM Mali-T720 | ARM Mali-T860 MP2 | ARM Mali-T450 MP4 | Adreno 505 |
| Skrin | 5.5″ IPS LCD | 5.0″ IPS LCD | ||
| Resolusi Skrin | 1280×720 (~267ppi) |
1920×1080 (~401ppi) |
1280×720 (~267ppi) |
1280×720 (~294ppi) |
| Memori Dalaman | 16GB ROM, 2GB RAM | |||
| Memori Tambahan | microSD (Sehingga 128GB) |
microSD (Sehingga 256GB) | ||
| Penggambaran Utama | 13 Megapiksel (Auto fokus & Dual LED flash) |
13 Megapiksel (Auto fokus & Single LED flash) |
||
| Kamera Hadapan | 5 Megapiksel | 8 Megapiksel | 5 Megapiksel | |
| Rakaman Video | HD 1080p | |||
| Kapasiti Bateri | 2500mAh | 2300mAh | 3000mAh | 4100mAh |
| Pengimbas Cap Jari | √ | |||
APA YANG COOL?!
Skrin Tahan Lasak
Apa yang menarik pada M5 Plus adalah skrin tahan lasaknya yang menurut LEAGOO mampu menahan daya hentakan 70% lebih baik dari peranti lain di pasaran. Kepada mereka yang sering melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan melakukan sukan ekstrem berminat dengan spesifikasi skrin yang ditawarkan oleh M5 Plus ini.
LEAGOO Dual Tag
LEAGOO juga memasang perisian istimewa pada M5 Plus yang membolehkan anda menggunakan secara serentak dua akaun. Sebagai contoh, LEAGOO Dual Tag membolehkan anda memasang dua akaun WhatsApp berasingan pada M5 Plus, antara aplikasi lain yang boleh digunakan bersama LEAGOO Dual Tag adalah Facebook, Twitter, Instagram, Messenger dan lain-lain.
Pengimbas Cap Jari
Bagi yang mementingkan aspek keselamatan smartphone daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, M5 Plus satu pilihan yang terbaik buat anda. Berbeza dengan pengimbas cap jari sebelum ini, kini ia menyediakan akses yang pantas iaitu hanya 0.19 saat. Fungsi pengimbas cap jari ini boleh digunakan untuk mengambil gambar, mengawal muzik dan video serta menjawab panggilan.
Penggambaran
Walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan, penggambaran LEAGOO tidak pernah mengecewakan, di mana kini ia dibekalkan dengan lensa kamera utama 13 Megapiksel dengan bantuan auto fokus dan juga dual LED flash. Malah sokongan lensa hadapan beresolusi 5 Megapiksel dengan tiga mod menarik seperti Normal, Beauty serta Child juga dilihat satu kelebihan buat peranti ini.
Mod PowerSave
Salah satu fungsi menarik yang terdapat pada M5 Plus adalah Mod PowerSave. Berlainan dengan mod penjimatan bateri sebelum ini, di mana fungsi terbaru ini berupaya mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan untuk menjimatkan bateri smartphone. Apabila anda mengaktifkan fungsi ini, hanya menu asas sahaja yang boleh diakses seperti Phone, SMS, Contact dan Timer.
HASIL GAMBAR



:: KOMEN ::
Menampilkan rekaan logam yang sylish, LEAGOO M5 Plus sememangnya sesuai bagi mereka yang menginginkan sebuah smartphone berukuran 5.5 inci dengan resolusi HD serta harga yang mampu milik. Tidak dinafikan spesifikasi yang disokong oleh M5 Plus bukanlah yang terbaik di pasaran, tetapi ianya boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki jika soal harga diambil kira. Apa yang menjadi fokus utama peranti ini adalah ketahanan skrinnya yang lasak, sesuai untuk mereka yang aktif. Bukan itu sahaja, dengan harga di bawah RM 600, anda boleh memiliki peranti dengan sokongan pengimbas cap jari yang pantas. Malah kehadiran bateri berkapasiti 2500mAh dengan teknologi mod PowerSave sudah cukup untuk memastikan kelancaran pengoperasian smartphone ini. Lebih menariknya, M5 Plus turut menyokong aplikasi pra-pasang berguna seperti LEAGOO Dual Tag, Security Center, ThemeClub dan beberapa lagi.









