Leagoo M5 Plus, Peranti Mampu Milik Terbaru Dengan Fungsi Pengesan Cap Jari

1LEAGOO memperkenalkan peranti mampu milik di bawah jenama mereka yang memiliki pengesan cap jari yang mampu membuka peranti dalam masa 0.19 saat.

Selain mempunyai pengesan cap jari yang menawarkan fungsi keselamatan masa kini, M5 Plus juga dilengkapi cip pemproses 8 teras dan kapasiti RAM 2GB yang mampu membekalkan anda kuasa pemprosesan yang cukup untuk anda melakukan tugasan asas pada smartphone anda.

2Apa yang menarik pada M5 Plus adalah skrin tahan lasaknya yang menurut LEAGOO mampu menahan daya hentakan 70% lebih baik dari peranti lain di pasaran. Mungkin mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan sukan ekstrem berminat dengan spesifikasi skrin yang ditawarkan M5 Plus.

3LEAGOO juga memasang perisian istimewa pada M5 Plus yang membolehkan anda menggunakan secara serentak dua akaun. Sebagai contoh, LEAGOO Dual Tag membolehkan anda memasang dua akaun WhatsApp berasingan pada M5 Plus, antara aplikasi lain yang boleh digunakan bersama LEAGOO Dual Tag adalah Facebook, Twitter, Instagram, Messenger dan lain-lain.

SPESIFIKASI

Dimensi 141.7 x 71.3 x 8.7mm
Berat 208g
Paparan 5.5 inci, HD 1280 x 720 piksel
OS Android 6.0 dengan Freeme OS 6.0
CPU Octa-Core
Memori RAM 2GB
ROM 16GB
Sokongan MicroSD sehingga 128GB
Kamera Belakang: 13 Megapiksel
Hadapan: 5 Megapiksel
Bateri 2,500mAh
Warna Champagne Gold & Titanium grey
Harga RM 549

 

You might also like