Pra-Tempah Dua Versi Istimewa Huawei Mate 9, Tapi…

Huawei Mate 9 hadir dengan dua versi istimewa, Mate 9 Pro dan Mate 9 Porsche Design, kedua-dua peranti ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Huawei Malaysia telah pun memulakan sesi pra-tempah untuk kedua-dua model istimewa ini.

Pasti ramai yang ingin mendapatkan Huawei Mate 9 Pro Porsche Design, ia lengkap dengan spesifikasi terkini dan juga mempunyai reka bentuk yang sungguh elegan. Namun semasa kami mendapati pra-tempah bagi peranti ini sudah pun SOLD OUT 🙁 dengan hanya 5 unit Mate 9 Porsche Design dijual di  Vmall.my dan 11street.

1Walaupun begitu anda tidak perlu kecewa kerana ini hanya sesi pra-tempah sahaja, anda boleh mendapatkannya apabila ia dibawa masuk dan dijual oleh pengedar sah pada 22 Disember nanti. Huawei Mate 9 Porsche Design dijual pada harga RM6,999.

2Huawei juga membuka sesi tempahan untuk Mate 9 Pro yang dijual pada harga RM 3,399. Kedua-dua peranti yang akan dibawa masuk tidak lama lagi ini dipacu cip pemproses Kirin 960, Octa-core , 6GB RAM dan dilengkapi sistem kamera dwi-lensa dengan integrasi teknologi dari Leica. Bukan sahaja bagus dari segi kamera, gambar dan video juga terpapar cantik pada kedua-dua peranti dengan skrin AMOLED 2K.

You might also like