
Facebook At Work, Menjadikan Waktu Bekerja Lebih Menyeronokkan, Ye Ke???
Facebook sedang bersiap sedia untuk menukar suasana kerja anda menjadi lebih menarik. Syarikat itu merancang untuk melancarkan platform komunikasi versi perusahaan dan rangkaian kerjasama Facebook At Work dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Platform ini membolehkan eksekutif dan staf di dalam sesebuah organisasi berhubung dengan cepat, efektif dan menyeronokkan. Fungsi seperti Messenger, panggilan suara, panggilan video, siran video secara langsung merupakan beberapa ciri yang akan diketengahkan di dalam Facebook At Work.
Platform ini merupakan servis berbayar yang ditawarkan Facebook, namun pada waktu ini masih tiada pengumuman rasmi dari Google berkenaan tarif cas. Namun apa yang kami tahu adalah cas servis ini akan dikenakan berdasarkan bilangan pengguna bagi sesebuah organisasi.