Google Drive Kini Memaparkan Menu “Backups”

headerGoogle Drive merupakan salah satu pilihan majoriti pengguna untuk membuat sandaran data, terutama sekali pengguna tegar Android. Selain digunakan bagi menyimpan gambar, video, dokumen dan lain-lain, servis cloud ini juga secara automatik menyimpan data peranti dan aplikasi untuk dijadikan data sandaran, lantas memudahkan anda apabila bertukar ke peranti baru. Sebelum ini Google menyorokkan menu simpanan data sandaran peranti dan aplikasi, namun kini menu tersebut boleh terus diakses dari aplikasi Google Drive di smartphone anda.

1 2

Setelah melancarkan aplikasi Google Drive, buka menu (swipe dari tepi kiri) dan anda dapat melihat pilihan Backups di dalam senarai menu. Pilih Backups untuk melihat senarai data sandaran peranti dan aplikasi. Hanya aplikasi yang menggunakan Google Drive sebagai servis simpanan utama seperti WhatsApp sahaja akan disenaraikan di dalam menu ini. Dari paparan ini anda boleh menguruskan data sandaran anda seperti membuang data sandaran yang tidak mahu lagi disimpan. Pastikan anda mempunyai Google Drive versi terbaru untuk mengakses menu Backups pada Google Drive.

 

You might also like