Reviu Eksklusif: Peranti Bajet Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Ding Ding Guide E6 & E7

Ding Ding mungkin kurang dikenali di kalangan pengguna di negara ini, namun Ding Ding bukanlah sebuah syarikat yang baru bertapak kerana ia telah ditubuhkan sejak tahun 2006 yang berpangkalan di China. Dengan memiliki kilang pembuatan telefon mudah alih miliknya sendiri, Ding Ding berupaya menghasilkan sebanyak 10,000 unit telefon mudah alih sehari dengan lebih daripada 300 pekerja. Malah bermula dari tahun 2009, jenama ini semakin berkembang apabila mula memasuki lebih banyak pasaran global seperti Malaysia, Filipina, Myanmar, Vietnam, Rusia, Dubai, India, Amerika Utara dan juga Eropah.

guide-e6-e7
(Dari Kiri) Guide E6, Guide E7

DING DING GUIDE E6 : RM 499 Ι DING DING GUIDE E7 : RM559

Kini pengguna tempatan berpeluang memiliki lebih banyak pilihan alternatif pada harga mampu milik dengan kemunculan siri Guide terbaru, E6 dan E7.

SPESIFIKASI

pro-cam

FIZIKAL

Jika dilihat pada penampilan fizikal Guide E6, ia kelihatan mirip seperti siri Guide yang lain tetapi tampil dengan paparan skrin yang jauh lebih besar iaitu mencecah sehingga 6.0 inci. Manakala model Guide E7 pula kelihatan sedikit berbeza dengan siri Guide yang lain kerana ia hadir dengan rekaan kerangka jenis unibodi dengan sokongan lubang speaker stereo di bahagian bawah kerangkanya.

Walaupun tampil dengan kelainan pada penampilan luarannya, kedua-dua model ini sebenarnya masih menampilkan satu persamaan yang ketara iaitu dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari dan juga harga jualan yang mampu milik.

 

Paparan Skrin 2.5D
Guide E6
Guide E7
Guide E7
Guide E7

Sama seperti siri Guide yang lain, kedua-dua model ini juga tampil dengan paparan skrin dengan permukaan 2.5D yang melengkung pada bahagian sisinya. Walaupun kedua-duanya menyokong resolusi skrin yang sama iaitu 720 x 1280 piksel, Guide E6 tampil dengan saiz skrin yang lebih besar mencecah 6.0 inci, berbanding 5.5 inci pada Guide E7.

 

 

Lensa Depan
Guide E6
Guide E6
Guide E7
Guide E7

Penampilan lensa depan pada kedua-dua model ini adalah sama sahaja. Namun tanpa anda sedar, Guide E7 sebenarnya turut dilengkapi dengan lampu LED Notifikasi antara lubang earpiece dengan lensa depan dan Guide E6 tidak dilengkapi dengan lampu tersebut. Walau bagaimanapun, lensa depan Guide E6 telah dilengkapi dengan lampu LED Flash.

 

Butang Kawalan
Guide E6
Guide E6
Guide E7
Guide E7

Kedudukan tiga butang kawalan tipikal Android iaitu butang Menu, butang Home/Recent Apps dan butang Back untuk kedua-dua model ini adalah sama sahaja. Ia menggunakan kawalan jenis sentuhan dan tidak dilengkapi dengan lampu LED.

 

Lensa Utama
Guide E6
Guide E6
Guide E7
Guide E7

Lensa kamera beresolusi 13 Megapiksel pada Guide E6 dan Guide E7 telah dibantu dengan dua buah LED Flash. Tidak dinafikan tahap keterangan lampu Dual LED Flash pada kedua-dua model ini sangat terang, tetapi tahap keterangannya tidak setanding dengan Dual LED Flash smartphone lain yang pernah dicuba pula.

 

Pengimbas Cap Jari
Guide E6
Guide E6
Guide E7
Guide E7

Keistimewaan Guide E6 dan Guide E7 yang tidak dimiliki oleh siri Guide yang lain adalah sensor pengimbas cap jari yang terletak di bahagian panel belakangnya. Selain mampu menerima input sehingga 5 jari berbeza, anda juga boleh terus mengakses peranti dalam mod sleep tanpa perlu mengaktifkan paparan skrin terlebih dahulu. Bahkan ia juga boleh digunakan sebagai butang shutter untuk mengambil gambar.

 

Slot Kad
Guide E7
Guide E6
Guide E7
Guide E7

Guide E6 menyokong panel belakang yang boleh dibuka dengan sokongan tiga slot berasingan iaitu dua slot kad SIM jenis microSIM dan juga satu slot kad microSD. Manakala Guide E7 yang memiliki kerangka logam jenis unibodi ini pula tersedia dengan slot kad yang terletak di sisi kiri kerangka. Slot 1 merupakan slot kad SIM jenis micro dan slot 2 merupakan slot hibrid untuk kad SIM jenis Nano atau microSD.

 

Bahagian Atas
Guide E6
Guide E6
Guide E7
Guide E7

Ding Ding Guide E6 menawarkan rekaan bahagian atas yang dilengkapi dengan port microUSB dan juga port 3.5mm audio jack, tetapi model Guide E7 tampil sedikit berbeza apabila ia hanya menempatkan satu sahaja port iaitu port 3.5mm audio jack.

 

Bahagian Bawah
Guide E6
Guide E6
Guide E7
Guide E7

Bahagian bawah kerangka Guide E6 kelihatan sangat ringkas rekaannya apabila hanya dilengkapi dengan satu lubang mikrofon sahaja. Manakala Guide E7 pula boleh ditemui port microUSB dan juga dua buah lubang speaker dengan rekaan lubang gril mirip seperti lubang speaker yang dimiliki oleh iPhone.

 

UJIAN BENCHMARK

ujian

HASIL GAMBAR

Ding Ding Guide E6
Ding Ding Guide E6
Ding Ding Guide E7
Ding Ding Guide E7

KESIMPULAN

Siri Guide E6 dan E7 nampaknya lebih menarik dan istimewa kerana ia bukan sahaja dilengkapi dengan sokongan spesifikasi yang agak memuaskan, tetapi turut dilengkapi dengan sokongan sensor pengimbas cap jari. Selain daripada keupayaannya untuk menerima sehingga 5 input jari berbeza, sensor pengimbas cap jari pada Guide E6 dan juga Guide E7 boleh dikatakan agak praktikal kerana anda boleh terus mengakses peranti dengan meletakkan jari di atas permukaan sensor tanpa perlu mengaktifkan paparan skrin terlebih dahulu. Malah ia juga boleh digunakan sebagai butang shutter dengan meletakkan jari selama beberapa saat pada permukaan sensor untuk mengambil gambar.
Namun begitu, sedikit mengecewakan kerana sudut pandangan paparan skrin dan kualiti kamera pada Guide E6 dan E7 kurang memuaskan, bahkan kerangkanya juga berat walaupun beratnya hanya 170g. Selain itu, penggunaan antaramuka DDUI ini masih boleh diperbaiki secara keseluruhannya, tambahan pula ia didatangkan dengan aplikasi pra-pasang bloatware yang mungkin jarang digunakan oleh kebanyakan pengguna. Sungguhpun begitu, apabila dilihat semula pada harga jualan yang mampu milik, ia masih boleh dianggap agak berbaloi untuk dimiliki.
You might also like