Nokia 6 Silver Habis Terjual Di China

Oleh kerana mendapat permintaan yang tinggi di pasaran China, HMD Global pengeluar telefon pintar jenama Nokia telah mengeluarkan satu lagi warna tambahan pada model Nokia 6 iaitu warna perak pada 11 April 2017 yang lalu.

Dalam masa yang singkat sahaja, semua unit telah habis dijual di laman sesawang jualan atas talian JD. Mengikut pengguna di China, mereka meminati dan menyukai rekabentuk wajah baharu peranti Nokia ini.

Adakah pengguna di Malaysia juga akan tertarik untuk membeli peranti Android daripada jenama Nokia ini apabila ia secara rasmi dibawa masuk ke pasaran tempatan?

You might also like