Orion VR Khas Untuk Mengesan Pergerakan Tangan

810
- Iklan -

Leap Motion telah lama merahsiakan projek VR yang mereka bangunkan, namun baru-baru ini mereka telah mengeluarkan kenyataan dan berkongsi projek tersebut yang dikenali sebagai Orion. Letusan teknologi VR jelas dapat dilihat sekarang ini dan Leap Motion tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan tersebut. Berpaksikan idea bahawa VR adalah medium maya untuk kebolehan fizikal manusia, VR telah membina Orion khas untuk mengesan pergerakan dan gerak kerja tangan manusia.

Perisian Orion bakal mengubah teknologi pengesan pergerakan kerana ia dapat digunakan tanpa penanda, kadar latency yang rendah, jangkauan jarak yang lebih luas dan pemproses pergerakan yang sangat pantas. Kesemua kelebihan ini akan memberi manfaaat yang sangat besar kepada industri yang bergantung kepada teknologi pengesan pergerkaan kerana prose kerja dapat disingkatkan dan lebih efisien.