U Mobile Kini Menawarkan iPhone 8 Pada Harga Terendah

U Mobile hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah mula ditawarkan di semua stor seluruh Malaysia bermula hari ini.

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh dimiliki melalui pelan pascabayar dan prabayar U Mobile. Pelanggan juga boleh membawa pulang iPhone terbaru ini dengan pelan ansuran yang ditawarkan.

Malahan, bagi 50 pelanggan terawal anda akan menerima hadiah istimewa bersempena pelancarannya hari ini. Manakala bermula hari ini sehingga 23 Oktober 2017, pelanggan sedia U Mobile pula akan diberikan baucar Mac City bernilai RM100.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan iPhone 8 serendah RM2,140 melalui iPlan i90 dan i130 dengan kontrak 24 bulan. Untuk U Package, ansuran bulanan peranti boleh dibayar pada harga bermula RM111 bersama pelan pascabayar iPlan. Pelan-pelan ini menawarkan internet berkelajuan tinggi serta data tanpa had Video-Onz, Music-Onz, Call-Onz, App-Onz, Waze dan sebagainya.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus menawarkan ciri-ciri terbaru yang hadir dengan cip pemproses A11 Bionic, RAM 2GB atau 3GB serta storan 64GB atau 256GB. Prestasi yang terbaik pernah Apple hasilkan ini disokong oleh sistem operasi iOS 11 bersama paparan True Tone Retina HD. Kamera 12 Megapiksel yang telah dipertingkatkan menjanjikan pengalaman bergambar di tahap yang lebih tinggi.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi stor U Mobile terdekat atau layari laman sesawang U Mobile.

You might also like