Telefon Pintar Paling Murah Di Dunia

Freedom-251-1

Apakah yang boleh anda beli dengan RM 15? Mungkin satu set makan malam ataupun sebuah smartphone. Ya, kini dengan RM 15 anda boleh mendapatkan sebuah smartphone yang mampu melakukan tugasan asas sebuah peranti pintar. Freedom 251 telah mengubah istilah peranti mampu milik secara total.

Freedom 251 dibina oleh syarikat di India dan dijual pada harga 251, bersamaan RM15. Ia beroperasi menggunakan Android 5.1. dilengkapi srin 4 inci QHD, pemproses 1.3 GHz empat teras, 1 GB RAM dan 8 GB ROM. Selain itu peranti ini hadir dengan kamera utama 3.2 megapiksel dan kamera hadapan 0.3 megapiksel. Melihatkan kepada spesifikasi smartphone ini, ternyata ianya dibina bagi memenuhi keperluan asas sebuah smartphone.

02

Freedom 251 dibina bagi memenuhi permintaan golongan tidak berkemampuan di India, peranti intar menjadi salah satu produk terpenting di India kerana telefon selular lebih mudah digunakan untuk berhubung di kawasan pedalaman.

You might also like