
Twitter Dan Yahoo Berpotensi Untuk Digabungkan
Jutawan Warren Buffett, media UK The Daily Mail dan syarikat telekomunikasi AT & T merupakan nama-nama yang dikatakan telah menyatakan minat untuk membeli Yahoo, yang sedang giat mencari pemilik baru bagi mengembalikan keteguhan kepada syarikat tersebut.
Sekarang, kita boleh menambah Twitter ke dalam senarai itu, menurut New York Post.
Eksekutif Twitter bertemu dengan CEO Yahoo, Marissa Mayer minggu lalu. Menurut beberapa laporan penerbitan pertemuan tersebut bagi membincangkan potensi penggabungan. Walau bagaimanapun, CEO Twitter Jack Dorsey tidak hadir semasa perbincangan.
Mayer pada bulan Februari mengumumkan bahawa beliau akan membuat atau menjalankan rancangan untuk memberi kestabilan ke dalam Yahoo yang kini sedang bergelut, ini termasuklah memotong 1,700 tenaga kerja. Beliau juga telah mengumumkan kepada bakal pembeli, bahawa dia dan lembaga pengarah Yahoo sudah bersedia untuk “melibatkan diri dalam cadangan strategik.”