
Nak Cuba Fungsi Terbaru Snapchat? Jom Join Program Beta Ni!
Kalau anda pengguna tegar Snapchat, pastinya anda mahu menjadi antara yang terawal mengguna dan mencuba fungsi aplikasi tersebut. Sekarang anda boleh menyertai program beta Snapchat yang akan memberikan anda akses kepada fungsi terbaru Snapchat sebelum ianya dilancarkan secara rasmi kepada pengguna umum.
Sila klik Android App Testing dan log masuk menggunakan akaun Google anda. Klik Become A Tester untuk menyertai program beta ini. Apabila selesai anda boleh muat turun Snapchat versi beta terus dari dalam Play Store, sekiranya anda sudah ada aplikasi Snapchat di dalam smartphone, sila uninstall dahulu aplikasi tersebut dan kemudian dapatkan versi beta dari Play Store.