HUAWEI Y9s Berharga RM999 – Ketersediaan Bermula 29 November 2019!

Wuhuuu mantap! Akhirnya, HUAWEI Y9s kini tiba di pasaran tempatan. Peranti ini diperkemaskan dengan sejumlah ciri menarik – termasuk paparan skrin yang besar, bateri padu dan banyak lagi! Dengan peranti ini juga, pengguna akan nikmati pelbagai pengalaman menakjubkan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

HUAWEI Y9s membawakan paparan penuh bersaiz 6.59″ bersama rekaan pop-up yang menempatkan kamera hadapan sebesar 16MP. Paparan ini menggunakan panel IPS LCD dan menampilkan nisbah skrin ke badan sehingga 91%. Selain itu, ia juga menampilkan sokongan pengimbas cap jari terbina pada sisi peranti.

Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini menggunakan cip pemproses Kirin 710 dengan paduan memori sebesar 6GB RAM + 128GB ROM. Lebih menarik ia turut diselit dengan sokongan GPU Turbo 3.0 untuk pengalaman gaming yang lebih menyerlah. Bagi sokongan kamera pula, HUAWEI Y9s membawakan persediaan 3 kamera utama dengan gabungan lensa 48MP (utama) + 8MP (Wide-Angle) + 2MP (Depth). Melengkapi peranti juga adalah bateri dengan kapasiti besar iaitu 4,000mAh.

Bagi yang berminat, HUAWEI Y9s ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM999 dan ketersedian bermula 29 November 2019. Bagi memeriahkan lagi kedatangan peranti ini, setiap pembelian HUAWEI Y9s akan didatangkan dengan hadiah menarik berupa HUAWEI Band 4 (bernilai RM139) – sementara stok masih ada.

You might also like