
ZTE Axon 7 Mini, Model Alternatif Untuk ZTE Axon 7
ZTE telah memperkenalkan ZTE Axon 7 secara rasmi di pasaran Malaysia pada 01 September yang lalu, pada pameran IFA 2016 kali ini pula ZTE telah melangkah setapak ke depan dengan melancarkan model Axon 7 Mini, sebuah model alternatif untuk Axon 7.
Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat pada model ini seperti paparan skrin yang lebih kecil, memori dalaman dan RAM, pemproses, lensa kamera, rakaman video dan juga kapasiti bateri. Menampilkan paparan skrin berukuran 5.2 inci AMOLED beresolusi 1920×1080 piksel, ia menyokong memori dalaman berkapastii 32GB dengan RAM 3GB.
Penggambaran yang direndahkan kepada 16 Megapiksel kini tidak lagi menyokong fungsi OIS, tetapi masih mengekalkan kamera depan beresolusi 8 Megapiksel dengan rakaman video penuh HD. Selain menawarkan rekaan logam sepenuhnya seperti Axon 7, kehadiran bateri yang direndahkan kepada 2705mAh masih menyokong pengecasan pantas.
Walaupun ia merupakan model alternatif bagi Axon 7, pemproses yang ditawarkan tidaklah mengecewakan, di mana smartphone ini telah dikuasakan oleh pemproses Octa Core (Quad Core 1.5GHz, Cortex-A53 & Quad Core 1.2GHz, Cortex-A53) berbanding Quad Core 2.15GHz pada model Axon 7.
Spesifikasi |
Axon 7 |
Axon 7 mini |
OS |
Android 6.0.1 |
Android 6.0 |
CPU / GPU |
Qualcomm Snapdragon 820 |
Qualcomm Snapdragon 617 |
RAM |
4 GB |
3 GB |
ROM |
64 GB |
32 GB |
Paparan |
5.5 inci AMOLED, 2560 x 1440 |
5.2 inci AMOLED, 1920 x 1080 |
Size / Berat |
151.7 x 75 x 7.9mm |
147.5 x 71 x 7.8mm |
Kad SIM |
Dual Nano SIM |
Dual Nano SIM |
Kamera Utama |
20MP, f/1.8, PDAF, OIS |
16MP, f/1.6, PDAF |
Kamera Depan |
8MP, f/2.2 |
8MP, f/2.2 |
Bateri |
3250mAh |
2705mAh |
USB |
USB 3.0 |
USB 2.0 |