Memperkenalkan YouTube VR Untuk Daydream

1Google mengembangkan lagi ekosistem VR mereka dengan pengenalan satu lagi servis baru. Dengan menjadikan Daydream sebagai tunjang utama ekosistem VR mereka, pelbagai servis telah mula diperkenalkan secara berperingkat, dan yang terbaru sekali adalah YouTube VR.

2 3

Ianya berbeza sekali dengan YouTube biasa, menurut Google video di dalam aplikasi YouTube VR khas bagi menawarkan pengalaman VR yang imersif kepada pengguna dengan video 360º. Jadi jika anda mempunyai Google Pixel (setakat ini satu-satunya peranti yang menyokong Daydream) ataupun bercadang membelinya tidak lama lagi, bolehlah muat turun aplikasi YouTube VR dan merasai sendiri pengalaman yang akan membawa anda keluar dari dunia realiti.

https://www.youtube.com/watch?v=ROzDHcayl-k

 

You might also like