
Lego: Lord of the Rings dan The Hobbit Kembali Ke Steam Selepas Setahun Menghilang
Sudah lebih dari setahun sejak permainan Lego: Lord of the Rings dan Lego: The Hobbit hilang dari Steam. Walaupun Warner Bros tidak memberikan sebarang alasan atau kenyataan mengenai tindakan mereka menarik permainan tersebut dari platform muat tutun permainan tersebut, ramai berpendapat yang ianya berpunca dari masalah pelesenan. Berita baik buat anda semua kerana, Lego: Lord of the Rings dan Lego: The Hobbit sudah kembali ke Steam.

Kedua-dua permainan ini dijual pada harga RM 38 dan kesemua DLC permainan ini juga turut melakukan kemunculan semula. Melihatkan respon dari ruangan ulasan dan komen permainan tersebut di dalam Steam, ternayata kedua-dua permainan ini masih mempunyai pengikut yang ramai dan diterima baik oleh para pemain walaupun ianya bukanlah permainan yang baru.

Pada yang berminat untuk mencuba permainan ini, cepat-cepatlah dapatkannya di dalam Steam, kami harapkan apa yang terjadi pada permainan Deadpool tidak berulang lagi, di mana permainan tersebut juga terus hilang selepas melakukan kemunculan semula, sungguh mengecewakan.

Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!

