
CPU Bajet Siri Intel Comet Lake Mungkin Hadir Dengan Fungsi Overclock!
Desas-desus mengatakan bahawa Intel mungkin selepas ini akan menawarkan kemampuan overclock bagi cip pemproses kelas pertengahan desktop Comet Lake yang serasi dengan papan induk B460. Ciri ini pada kebiasaannya hanaya ditawarkan pada cip pemproses kelas premium.

Tetapi ini hanyalah sekadar andaian yang dilakukan berdasarkan imej yang dikongsikan laman Videocardz yang menunjukkan papan induk Maxsun B460 iCraft Gaming Endless.
Model B460 ini menampilkan trio butang yang ditanda dengan ‘L’ dan ‘C’ serta simbol petir, memberikan petunjuk bahawa ia memiliki kemampuan untuk melonjakkan prestasi CPU dengan arahan butang sahaja. Dari segi teori jika fungsi ini ditawarkan pada papan induk B460, sudah tentu CPU-nya harus juga menyokong fungsi overclock.

Tidak mustahil jka Intel akan menawarkan fungsi overclock pada cip kelas pertengahan mereka memandangkan sekarang ini mereka bersaing sengit dengan AMD yang sudah mula mengeluarkan siri CPU yang cukup bagus pada harga berpatutan. Mungkin Intel merasakan mereka akan lebih mampu bersaing jika CPU mereka hadir dengan lebih banyak fungsi, terutamanya dari segi lonjakan prestasi.
Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga

