Reviu Eksklusif: honor 9, Peranti Berkilat Dengan Ciri Setanding Flagship

Peranti induk honor 9 telah muncul di arena telefon pintar iaitu pada 14 Jun 2017 yang lalu. Kali ini, ia hadir dengan beberapa penambahbaikan salah satunya ialah paparan yang menggunakan teknologi DCI-P3, di mana telah digunakan di kebanyakan peranti induk lain. honor 9 dibina dengan kerangka logam bersama panel gelas di depan dan juga di belakang.

Rekaan honor 8 yang pernah memenangi anugerah International Design Award sebelum ini diteruskan pada model terbaru honor 9, ia juga telah menerima sentuhan reka bentuk yang diperbaharui supaya tampak lebih menonjol. Apa yang menjadi daya tarikannya ialah, panel gelas belakang direka sangat teliti menggunakan teknologi termal sekaligus gelas 3D ini menghasilkan kemasan yang sangat berkilat.

Pakej Pembelian

Di dalamannya pula, honor 9 dilengkapi pemproses berprestasi tinggi Kirin 960 dan antaramuka EMUI 5.1. Ia berkuasa untuk melaksanakan tugasan harian atau bermain permainan mudah alih. Seperti peranti induk lain, honor 9 turut mendapat gabungan dua sensor kamera di bahagian belakang dan satu di bahagian depan.

 

“Walaupun peranti ini tidak dibawa masuk ke pasaran Malaysia, tetapi kami berpeluang juga membuat reviu selanjutnya khas untuk pembaca eRing.
Jom baca~”

**Terima kasih kepada honor Malaysia

 

Perbandingan Spesifikasi honor

Sebelum itu, mari kita bandingkan dulu spesifikasi antara honor 8, honor 9 dan juga honor 8 Pro!

 

Kenali honor 9 Dengan Lebih Dekat…

Identiti

honor 9 dicipta untuk memberikan personaliti yang elegan. Ia juga direka nipis dan kerangka yang ergonomik selesa untuk dipegang. Warna pula didatangkan dengan Glacier Grey, Sapphire Blue, Midnight Black, Blue Bird dan Robin Egg Blue.

Peranti dengan kemasan Glacier Grey

Walaupun begitu, untuk generasi terbaru ini, posisi pengimbas cap jari telah diubah dan diletakkan di bahagian depan.

Speaker, bicu USB Type-C dan 3.5mm audio jack
Terdapat IR-Blaster di bahagian atas peranti
Butang laras suara dan lock di sebelah kanan peranti
Slot Hybrid di sebelah kiri peranti

 

Kamera

Bukan setakat rekaan, kejuteraan kamera pula telah meletakkan dwi sensor pada kamera utama. Ianya menggunakan gabungan sensor 20MP dan 12MP bersama aperture sebesar f/2.2 yang menyokong fungsi 2x-Zoom di samping autofocus yang pantas. Dwi LED flash True Tone pula memastikan imej diambil kelihatan lebih natural.

Sensor ini tidak menggunakan jenama Leica sebaliknya teknologi yang diguna pakai sudah memadai untuk mengambil gambar dengan jelas bersama sokongan rakaman video 4K. Malahan, modul kamera juga tidak timbul di permukaan panel belakang sekaligus meletakkannya di atas meja atau permukaan rata nampak lebih kemas.

Di bahagian depan pula, ia menerima sensor tunggal 8 Megapiksel f/2.0, cukup untuk mengambil gambar-gambar swafoto di persekitaran terang mahupun gelap.

 

Kuasa Dalaman

Ia dijana oleh cip pemproses HiSilicon Kirin 960 Octa-core dan memori RAM sebesar 4GB. Melakukan aktiviti multi-tasking tidak memberi sebarang masalah apatah lagi membuka satu aplikasi ke aplikasi yang lain lebih lancar dan pantas.

Ciri Split Screen membolehkan anda memaparkan dua aplikasi dalam satu-satu masa misalnya menonton filem sambil menaip mesej. Malahan, storan dalaman pula boleh diperluaskan lagi menggunakan kad microSD.

 

Ujian Penanda Aras

Paparan

Menonton filem atau memainkan video tidaklah sehebat peranti honor 8 Pro yang menggunakan resolusi tinggi. Walaupun begitu, menerusi paparan DCI-P3, pengguna boleh menikmati pengalaman menonton seperti di dalam panggung menerusi skrin 5.15 inci beresolusi 1080p HD penuh.

 

Antaramuka
EMUI 5.1

Persembahan antaramuka honor 9 dijana oleh EMUI 5.1, tidak banyak perubahan dari EMUI 5 yang lain, cuma kali ini butang kawalan Android dialihkan di bahagian dagu depan manakala Home pula menggunakan butang fizikal. Selain itu, wallpaper pada lockscreen juga akan bertukar apabila butang lock ditekan setiap kali.

 

Bateri

Bateri merupakan aspek paling penting dalam kegunaan seharian telefon pintar. Oleh itu, honor 9 telah dipertingkatkan dengan kapasiti bateri sebesar 3,200mAh berbanding 3,000mAh pada model sebelumnya. Dengan skrin yang kompak tanpa paparan 2K, pengguna tidak perlu risau kerana peranti ini mampu bertahan sepanjang hari dengan sekali pengecasan.

Jika ianya perlu dicas, honor 9 mampu memenuhkan bateri dalam masa 2 jam menerusi pengecasan pantas Huawei Quick Charge.

  • Peranti mula dicas
  • Selepas 17 minit bateri naik kepada 24%
  • Selepas 1 jam bateri naik kepada 60%
  • Bateri penuh 100% selepas 2 jam mengecas

 

Sambungan

Peranti ini menggunakan kabel USB Type-C sekaligus mencucuknya di dalam persekitaran yang gelap tidak lagi sukar, manakala slot Hybrid pula menyokong dwi SIM-Nano atau kad microSD sehingga 256GB.

 

HASIL GAMBAR

Beauty
• ISO: 200 • EV: 0 • S: 1/33s • AF-A • F/2.0

 

Bokeh
• ISO: 250 • EV: 0 • S: 1/25s • AF-A • F/2.0

 

Outdoor
• ISO: 80 • EV: 0 • S: 1/50s • AF-A • F/2.2

 

Indoor
• ISO: 80 • EV: 0 • S: 1/50s • AF-A • F/2.2

 

Indoor
• ISO: 160 • EV: 0 • S: 1/33s • AF-A • F/2.2

 

Makro
• ISO: 64 • EV: 0 • S: 1/50s • AF-A • F/2.2

 

Malam
• ISO: 3200 • EV: 0 • S: 1/17s • AF-A • F/2.2

 

Monochrome
• ISO: 50 • EV: 0 • S: 1/514s • AF-A • F/2.2

 

2x Hybrid Zoom
(Kiri) • ISO: 160 • EV: 0 • S: 1/50s • AF-A • F/2.2      (Kanan) • ISO: 160 • EV: 0 • S: 1.50s • AF-A • F/2.2

 

 

RUMUSAN

Buat masa ini, honor 9 menawarkan peranti dengan spesifikasi pertengahan-atas. Walaupun bukan menggunakan RAM setinggi 6GB, tetapi pemproses Kirin 960 sudah cukup untuk membuktikan prestasi sebenarnya. Ia juga jimat kuasa malah cemerlang dalam daya ketahanan bateri. Walau bagaimanapun, honor Malaysia mungkin tidak akan membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan.

Pro
  • Kerangka bodi yang sangat berkilat
  • Permukaan belakang yang rata
  • Paparan HD penuh yang jelas dan tajam
  • Prestasi setanding Huawei P10 dan Mate 9
  • Bateri jimat kuasa
  • Dwi kamera menyediakan efek bokeh dan Live Photo

Kontra
  • Nisbah skrin ke kerangka yang agak tebal
  • Permukaan belakang licin dan mudah meninggalkan cap jari
  • Tidak kalis air dan debu
  • Tiada radio FM
  • Tiada speaker stereo
  • Rakaman gambar dalam gelap menghasilkan imej yang sedikit kabur

 

 

Baca Juga:

 

You might also like