CES 2018 : Unit Multimedia Sony XAV-AX5000 Sokong Apple CarPlay Dan Android Auto

Sony Electronics baru-baru ini telah mengumumkan aksesori terbaru sistem audio kereta keluarannya dengan penawaran unit multimedia model XAV-AX5000. Dilengkapi dengan paparan skrin sentuh berukuran 6.95 inci, ia merupakan penerima AV (audio dan video) yang mampu memenuhi keperluan pengguna melalui integrasi perkhidmatan Apple CarPlay dan juga Android Auto untuk disambungkan ke peranti mudah alih.

XAV-AX5000 menampilkan ciri-ciri menarik seperti masa pengaktifan yang sangat pantas, butang kawalan minimalis yang diperbuat daripada aluminium, teknologi skrin sentuh kapasitif yang sensitif pada sentuhan, sokongan dua port USB untuk sambungan pemacu USB dan telefon pintar secara serentak, dan juga rekaan kerangka belakang jenis single DIN bagi memastikan proses pemasangan yang lebih menjimatkan ruang.

XAV-AX5000

Kualiti bunyi lebih terjamin dengan adanya fungsi Dynamic Stage Organizer (DSO), Free Lossless Audio Codec (FLAC), 3-Pre Out Connectivity, serta kuasa output 55Wx4 MAX/20Wx4 RMS DRA2 dengan keupayaan EXTRA BASS Circuitry. Tidak cukup dengan itu, ia juga turut tersedia untuk disambungkan dengan kamera undur yang dipasang pada kenderaan.

XM-GS6DPSP

Selain itu, Sony turut mengumumkan aksesori tambahan untuk sistem audio kereta dengan kehadiran penguat sistem audio (amplifier) model XM-GS6DPSP 6/5 Channel Class-D dan juga komponen speaker tiga-arah dengan model XS-GS1631C.

XS-GS1631C

XAV-AX5000 akan mula dijual di Malaysia bermula Jun 2018, manakala XM-GS6DPSP pula akan memasuki pasaran bermula Februari 2018 ini.

You might also like