Waze Kongsi Tips & Ramalan Trafik Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pasti ramai berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Tapi! Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas melampau boleh mengakibatkan mudah rasa tertekan. Justeru, Waze berkongsi beberapa ramalan trafik bagi membantu orang ramai merancang perjalanan :

  • Ramalan 1 –  Jumlah Pengguna Jalan Raya Meningkat

Bersempena musim perayaan dan cuti sekolah, Waze meramalkan terdapat peningkatan sebanyak 18% dalam bilangan pengguna jalan raya yang aktif berbanding hari-hari biasa (Berdasarkan data waze dari tahun 2018).

  • Ramalan 2 – Lebih Ramai Bakal Meluangkan Masa Di Jalan Raya

Secara purata, rakyat Malaysia meluangkan sebanyak 72 minit sehari di atas jalan raya. Pun begitu, purata masa tersebut dijangkakan meningkat ketika musim perayaan – Waze menjangkanan sebanyak 15% bersamaan 83 minit. Purata jarak juga dijangkakan meningkat dua kali ganda berbanding 56km sehari pada hari-hari biasa.

  • Ramalan 3 – Rakyat Malaysia, Makanan & Beli-Belah

Secara purata, Rakyat Malaysia mencatatkan 7.2 juta navigasi berkaitan makanan dan 9.7 juta navigasi berkaitan membeli-belah dalam penggunaan Waze secara bulanan. Oleh itu, jumlah tersebut dijangkakan meningkat ketika musim perayaan ini.

»—————————–✄—————————–✄—————————–✄

 

Jadi Pengguna Bijak – 3 Tips Mudah Di Hujung Jari!

  • TIPS 1 : GUNAKAN WAZE SEPANJANG PEMANDUAN

Waze mendatangkan pengguna untuk menggunakan waze sepanjang pemanduan bagi membantu mereka mendapat maklumat trafik dalam masa sebenar. Justeru, pengguna akan lebih mudah untuk merancang perjalanan dengan lebih tepat.

  • TIPS 2 : PILIH LALUAN YANG CEPAT 

Gunakan Waze kerana ia sering memberikan informasi lalu-lintas yang cepat pada masa sebenar. Melaluinya, pengguna boleh memilih laluan terbaik termasuklah jalan tanpa tol.

  • TIPS 3 : MERIAHKAN SUASAN DENGAN LAGU 

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang melampau? Meriahkan suasana dengan memainkan muzik ataupun poscast menerusi satu rakan kongsi audio Waze, seperti, Spotify, Deezer, iHeartRadio, NPR, Pandora, Scribd, Stitcher, dan TuneIn.

You might also like