
Bulan lepas kita telah melihat produk terbaru Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan di AS. Pihak Cupertino juga telah mula menjualnya di beberapa negara terpilih mulai 22 September lalu dan negara lain pada bulan yang berikutnya.
Sebagai negara yang menerima pada gelombang kedua, Apple Malaysia hari ini memaparkan tarikh penjualan rasmi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di laman rasmi mereka. Anda tidak perlu menunggu sehingga hujung bulan ini atau bulan depan kerana peranti ini akan mula berada di bilik pameran seluruh Malaysia bermula 20 Oktober depan.

Sementara itu, sesi pra-tempah pula dibuka pada 13 Oktober pada pukol 12.01 pagi. Jadi, sesiapa yang ingin menjadi yang terawal atau tidak mahu melepaskan peluang memiliki stok kumpulan pertama ini, boleh tandakan kalendar anda sekarang.
Walaubagaimanapun, harga untuk setiap model dan varian masih lagi belum dipaparkan buat masa ini. Pada minggu lepas, 11street telah membuka pra-tempahan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus pada harga bermula RM3,649.

