
Penyedia perkidmatan ridesharing, Grab mahu menjadikan bulan Disember lebih ceria dan menyeronokkan, terutama bagi golongan kanak-kanak. Anda boleh turut serta bersama Grab dalam menjadikan hidup kanak-kanak ceria di dalam kempen Delivering Happyness di mana anda boleh menghadiahkan barang terguna ataupun baru seperti buku, alat tulis dan mainan. Kemudian tempah Grab untuk mengambil barangan tersebut dari 12 sehingga 24 Disember. Grab mensasarkan untuk mengumpul 20,000 item di seluruh Asia Tenggara, yang kemudiannya akan dihadiahkan kepada 7,000 kanak-kanak kurang bernasib baik sekitar Asia Tenggara.
Grab telah bekerjasama dengan badan NGO di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan Vietnam, yang memberi tumpuan membantu kanak-kanak yang memerlukan. NGO ini aktif dalam usaha menangani isu-isu penting berkenaan kanak-kanak seperti menyediakan kelengkapan untuk mereka. Di Malaysia, Grab bekerjasama dengan NGOHub , platform dalam talian yang membantu badan-badan lain melalui kepakaran mereka.
Cara untuk turut serta dalam kempen Delivering Happyness
- Bungkusan item yang ingin anda hadiahkan seperti buku, alat tulis dan mainan.
- Dari 12-24 Disember, anda boleh menggunakan aplikasi Grab untuk meminta seorang pemandu Grab untuk mengambil barang-barang. Pilih ikon ‘Delivering Happyness‘ dan tempah seperti perjalanan biasa, anda hanya perlu menunjukkan lokasi pengambilan dan masa. Grab akan menaja kos pengambilan barangan tersebut.
- Tunggu pemandu Grab mengambil barangan tersebut pada masa dan lokasi yang telah ditetapkan.
~Sama-Sama Kita Membantu Kanak-Kanak~