
HARGA: RM 899
Selepas kemunculan model U Feel dan U Feel Lite di pasaran tempatan yang mendapat permintaan yang menggalakkan, Wiko kembali menambah sebuah lagi model yang dikenali sebagai U Feel Prime. Menawarkan spesifikasi yang dipertingkatkan berbanding kedua-dua model sebelum ini, peranti ini hadir dengan beberapa fungsi baru. Ingin mengetahui apakah perbezaan di antara ketiga-tiga model ini, mari lihat reviu kami.
SPESIFIKASI
PAKEJ PEMBELIAN
U Feel Prime masih mengekalkan rekaan kotak yang sama seperti U Feel dan U Feel Lite yang bercorak. Malah penyediaan pakej pembeliannya juga sangat menarik di mana ia telah disediakan dengan ①U Feel Prime, ②casing berwarna jernih, ③waranti, ④buku panduan, ⑤kabel microUSB, ⑥adapter pengecas, ⑦earphone, ⑧pilihan earbud, ⑨adapter untuk slot kad SIM, ⑩skrin pelindung dan juga ⑪pin untuk membuka slot kad yang dibuat dalam bentuk keychain bagi memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja.
FIZIKAL
Paparan Skrin
Wiko U Feel Prime menampilkan paparan skrin sama seperti kedua-dua model sebelum ini iaitu berukuran 5.0 inci dengan teknologi HD IPS LCD. Apa yang menariknya, kini ia hadir dengan rekaan melengkung 2.5D serta menawarkan resolusi lebih tinggi 1920 x 1080 piksel berbanding 1280 x 720 piksel sebelum ini. Malah penggunaan paparan skrin HD IPS LCD ini masih boleh dianggap baik.
Penggambaran
Memandangkan ia hadir dengan spesifikasi yang dipertingkatkan, U Feel Prime telah dibekalkan dengan lensa utama 13 Megapiksel dengan bantuan dual LED flash, dan untuk penggambaran selfie pula beresolusi 8 Megapiksel dengan sokongan LED flash. Rekaan penggambaran utama agak menonjol dan menarik kerana ia dilengkapi sekali dengan lubang mikrofon.
Slot Kad SIM & Bateri
U Feel Prime tampil dengan rekaan unibodi yang kelihatan premium, walaupun harganya di bawah RM 1000! Slot kad SIM yang terletak di bahagian sisi kiri smartphone ini menempatkan kad SIM jenis hibrid, di mana anda hanya boleh menggunakan satu kad SIM sahaja jika ingin menggunakan kad tambahan microSD. Malah bateri smartphone yang tidak boleh dikeluarkan dari slotnya juga agak mengecewakan.
Bahagian Atas & Bawah
Rekaan bahagian atas U Feel Prime agak ringkas, di mana hanya menyediakan satu port untuk audio jack sahaja. Bahagian bawah pula menawarkan rekaan simetri yang mana lubang sebelah kiri berfungsi sebagai speaker tanpa lubang mikrofon. Di antara lubang gril tersebut pula disediakan dengan port microUSB.
PERBANDINGAN SPESIFIKASI

Apabila memiliki bajet yang agak terhad untuk membeli smartphone, sudah tentunya anda menginginkan sebuah model yang menyokong spesifikasi terbaik dan berbaloi dengan harganya. Jadi dengan meletakkan bajet harga sebagai kriteria utama, editor akan membandingkannya U Feel Lite dengan tiga lagi model pesaing terbaru yang dijual pada harga yang setanding iaitu Honor 5X, Lenovo VIBE K4 Note dan juga Xiaomi Redmi Note 3. Berdasarkan kepada perbandingan spesifikasi ini, adakah U Feel Prime mampu memenangi hati anda berbanding pesaingnya?!
APLIKASI MENARIK
Kaedah Pengesahan Biometrik
Bagi yang mementingkan aspek keselamatan smartphone daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, U Feel Prime satu pilihan yang terbaik buat anda. Dengan harga di bawah RM1000, ia menawarkan fungsi pengimbas cap jari yang pantas. Lebih istimewa, fungsi pengimbas cap jari ini boleh digunakan untuk lima menu yang berbeza.
INFO
Setting → Fingerprint → Quick actions
Jari 1: Unlock ¦ Jari 2: Facebook ¦ Jari 3: Music
Jari 4: Galeri ¦ Jari 5: YouTube
Penggambaran


Tidak seperti kebanyakan smartphone kelas pertengahan lain yang dibekalkan dengan lensa utama 8 Megapiksel, kerana U Feel Prime telah dibekalkan dengan lensa utama 13 Megapiksel Sony IMX 258 dengan bantuan dual LED flash. Manakala penggambaran selfie pula beresolusi 5 Megapiksel sokongan LED flash. Menariknya, penggambaran U Feel Prime kini tampil dengan paparan yang telah diperbaharui dan lebih mesra pengguna.
Malah anda juga boleh mengedit gambar dengan meletakkan emoji tersendiri yang dikenali sebagai Wikojis yang ada di dalam galeri.
INFO ¹ Apabila anda meleretkan jari ke kiri, terdapat tetapan yang membolehkan anda menukar tetapan penggambaran dengan lebih mudah. Selain itu, anda juga boleh menukar butang pintas yang ingin dipaparkan pada paparan penggambaran utama. ² Manakala apabila dileretkan ke kanan pula, terdapat beberapa pilihan mod yang boleh digunakan, di antaranya adalah: Kamera Utama: • Normal • FaceBeauty • Pro • HDR • Night • Sports • Panorama Kamera Depan: • Normal • FaceBeauty • Wideselfie
Permainan HD

Bagi yang gemar bermain permainan HD di dalam smartphone, U Feel Prime boleh dipertimbangkan. Selain dibekalkan dengan RAM sebesar 4GB dengan harga RM 899, ia turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 430. Editor sendiri telah cuba bermain permainan Real Racing 3, ternyata ia memaparkan grafik yang sangat lancar. Jadi, tidak menjadi masalah untuk anda bermain permainan HD di dalamnya.
News Republic
Salah satu aplikasi menarik yang disediakan pada U Feel Prime adalah News Republic. Selain memaparkan pelbagai berita di dalam dan luar negara di dalam bahasa Inggeris, anda boleh membuat bookmark berita yang ingin dibaca semula dan ia akan terus disimpan di dalam ruangan favorites. Kongsikan berita yang menarik dengan rakan-rakan di laman sosial.
Ujian Benchmark
Memandangkan U Feel Prime ini dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 430 yang dilancarkan bersama pemproses Octa Core 1.4GHz, tidak menjadi masalah untuk editor menjalankan ujian benchmark ke atas peranti ini. Digandingkan dengan Xiaomi Redmi Note 3 yang menyokong Qualcomm Snapdragon 650 serta pemproses Octa Core 1.3GHz, mari kita lihat keputusannya!
HASIL GAMBAR



KOMEN EDITOR
Wiko U Feel Prime adalah sebuah smartphone mampu milk yang menawarkan fungsi premium! Ia bukan sahaja menampilkan rekaan mewah, tetapi mempertaruhkan pelbagai fungsi menarik untuk kegunaan seharian! Dengan harga bawah RM 1000, anda boleh mendapatkan peranti dengan pemproses yang laju, dioperasikan oleh Android terkini, serta hadir dengan fungsi pengimbas cap jari untuk mereka yang mementingkan keselamatan data di dalam peranti. Bukan itu sahaja, kehadiran beberapa aplikasi lain seperti My Smart Left Page yang memudahkan 80% penggunaan seharian dengan hanya swipe ke kiri skrin sahaja, lensa penggambaran 13 Megapiksel dengan sensor Sony IMX 258 dengan kamera depan untuk penggambaran selfie dilengkapi LED flash, Phone Assist serta News Republic juga dilihat satu kelebihan buat peranti bawah RM 1000. Lebih menarik, dengan harga mampu milik, anda boleh memiliki smartphone dengan RAM sebesar 4GB dan memori dalaman berkapasiti 32GB. Kepada yang masih tercari-cari smartphone dengan fungsi sebegini, Wiko U Feel Prime boleh dipertimbangkan!






